Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nelayan tempatan boleh guna bot pam

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menjelaskan nelayan tempatan tidak pernah dilarang menggunakan bot pam untuk menangkap ikan di perairan pantai timur Sabah.

Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali, sebaliknya berkata larangan penggunaan bot pam hanya membabitkan warga asing khususnya pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam usaha pasukan keselamatan mengekang jenayah rentas sempadan.

“Walaupun kerajaan negeri menarik balik larangan (penggunaan bot pam), ia masih menjadi kesalahan bagi penggunaan oleh PATI, manakala bot pam oleh nelayan tempatan dibenarkan dan tidak pernah diharamkan.

“Oleh itu, ESSCOM terus melakukan rondaan bagi memastikan keselamatan di perairan negeri ini, khususnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) terus terpelihara,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dilaporkan berkata kerajaan negeri akan membenarkan semula penggunaan bot pam di kawasan pesisir pantai bagi membantu golongan nelayan mencari rezeki.

Pada April 2016, kerajaan negeri terdahulu mengharamkan penggunaan bot pam dalam kalangan warga asing untuk meningkatkan keselamatan di perairan ESSZONE. – Oleh Suzianah Jiffar/BH Online

Komen


Berita Berkaitan