Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nelayan makan jerung yang membahamnya

11:41am 24/11/2015 Pak Roshan 505 views Global
ENGELMAN menunjukkan jerung yang ditangkapnya.

ENGELMAN menunjukkan jerung yang ditangkapnya.

Florida: Seorang lelaki yang dibaham seekor ikan jerung mendakwa berjaya membalas dendam dengan menangkap dan memakan ikan yang menyebabkan dia terpaksa menerima 15 jahitan.

Allen Engelman, 28, nelayan komersial dari Florida, dibaham ikan berkenaan ketika meluncur di luar pantai Pulau Singer.

Dia kembali ke pantai berkenaan bersama anaknya berusia lima tahun.

Menurutnya, dia berjaya menangkap ikan itu sebelum membawanya pulang, memanggang dan memakannya.

Engelman percaya jerung yang ditangkap itu adalah ikan yang menyerangnya.

Dia memberitahu akhbar Sun-Sentinel, dia kenal ikan berkenaan menerusi siripnya.

“ Ia membaham tangan kiri saya. Pada masa sama, saya sempat menangkap siripnya dengan tangan kanan dan berlaku pergelutan antara kami sebelum ia melepaskan tangan kiri saya.

“Apabila berjaya menangkap jerung itu keesokannya, saya memanggang dan memakannya,” kata Engelman kepada Sun Sentinel. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan