Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nelayan ‘jual’ mayat

9:43am 12/12/2015 Pak Roshan 1916 views Global
IBU bapa Deng meratap di tebing sungai sambil melihat mayat anak mereka terapung di sungai berkenaan.

IBU bapa Deng meratap di tebing sungai sambil melihat mayat anak mereka terapung di sungai berkenaan.

Beijing: Sekumpulan nelayan tidak berhati perut yang menemui satu mayat terapung di Sungai Jinsha di selatan Sichuan menuntut bayaran 18,000 yuan (RM12,000) daripada sepasang suami isteri untuk mendapatkan mayat anak mereka.

Kerana tidak mampu membayar wang nelayan berkenaan, mayat itu dibiarkan terapung di sungai itu selama beberapa hari.

Anak pasangan itu Deng Shuchao dilapor membunuh diri dengan terjun ke sungai berkenaan dari jambatan di bandar Panzhihua pada 30 November lalu kerana masalah kewangan.

Sebelum membunuh diri, pemandu teksi itu memberitahu ibu bapanya, dia tidak mampu membaharui kontrak teksinya yang berjumlah 6,000 yuan (RM4,000).

Mayat itu ditemui tiga hari selepas Deng membunuh diri.

Bapa Deng menawar membayar setiap nelayan itu 200 yuan (RM130), tetapi mereka menolaknya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan