Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nelayan Hilang Ditemui Selamat Di Sandakan

7:38pm 09/02/2016 Pak Roshan 265 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN : Seorang nelayan yang dilaporkan hilang pada Isnin lepas ditemui dalam keadaan selamat di Kawasan Kuala Gum Gum, Sungai Beruang Batu 12 di sini awal pagi ini.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Shahriel Nizam Kamari berkata mangsa yang dikenali sebagai Ali Sunar Oto, 36, ditemui oleh penduduk kampung kira-kira jam 2 pagi.

Katanya menurut laporan yang dibuat abang mangsa, Ali Sunar dikatakan keluar ke laut seorang diri untuk memukat ikan pada pagi Ahad dan sepatutnya balik pada petang hari yang sama.

“Sehingga malam Ali Sunar tidak pulang ke rumah menyebabkan abangnya membuat laporan polis pada jam 2 pagi pada Isnin setelah gagal mencari,” katanya kepada Bernama di sini.

Menurutnya operasi mencari Ali Sunar dilancarkan pada Isnin lepas membabitkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Shahriel berkata operasi mencari dan menyelamat ditumpukan sekitar kawasan Sungai Beruang dan Dangdulit.

Beliau berkata Ali Sunar ditemui dalam keadaan keletihan di atas botnya yang kehabisan minyak.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan