Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nelayan Esszone Perlu Pasang Sistem AIS Untuk Keselamatan – Nur Jazlan

7:19pm 28/09/2016 Pak Roshan 317 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

nelayan

TAWAU : Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menyarankan nelayan di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone) memasang Sistem Pengenalan Automatik (AIS) pada bot masing-masing bagi tujuan keselamatan.

Beliau berkata sistem AIS dapat memberi isyarat amaran atau kecemasan segera kepada pihak keselamatan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

“Para nelayan perlu membuat sedikit pelaburan wang dan merujuk kepada Kementerian Pertanian berkaitan pemasangan AIS,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian sekumpulan lelaki bersenjata menculik seorang pemilik kapal pukat tunda warga tempatan dan merompak 26 anak kapalnya berhampiran perairan Pulau Gaya, Semporna sebelum melakukan satu lagi rompakan di perairan Tungku, Lahad Datu malam tadi.

Dilaporkan, kapal-kapal itu tidak dilengkapi AIS dan alat komunikasi yang disarankan oleh pihak berkuasa, selain itu kapal berkenaan turut beroperasi dalam kawasan arahan perintah berkurung dan tidak mempunyai permit pengecualian perintah berkurung daripada ketua polis daerah di kawasan masing-masing.

Nur Jazlan juga menasihati para nelayan agar menangkap ikan di kawasan yang berada dalam lingkungan kawalan pihak keselamatan dan tidak melanggar perintah berkurung.

“Nelayan perlu membina hubungan baik dengan agensi keselamatan di Esszone terutamanya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan memaklumkan pergerakan bot mereka ketika menangkap ikan,” katanya.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata mangsa culik malam tadi dikenali sebagai Ruslan Saripin atau nama panggilan haji Nasir, 39, diculik enam lelaki bersenjata api di Pulau Gaya, Semporna.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan