Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,678

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nelayan Ditembak Di Perairan Pulau Tigabu Kudat

10:26pm 14/10/2016 Pak Roshan 9073 views Jenayah,Mutakhir

nelayan

KOTA KINABALU : Seorang nelayan cedera di pinggang, tangan dan muka selepas terkena tembakan ketika menangkap ikan di perairan Pulau Tigabu, Kudat dekat sini Selasa lepas.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa, Ladino Larahima, 51, dan seorang lagi nelayan yang sedang menangkap ikan di perairan berkenaan telah didatangi sebuah bot pam dinaiki empat lelaki bersenjata kira-kira pukul 11 malam.

“Ketika ditembak bot dinaiki mangsa sedang bergerak perlahan kerana sedang menarik pukat tunda.

“Menyedari mangsa terkena tembakan, rakannya bertindak mengambil parang dan memotong tali pukat tunda berkenaan, sebelum memandu bot berkenaan menuju ke arah Pulau Tigabu dan seterusnya kembali ke Sandakan,” kata sumber berkenaan.

Ladino kini dirawat di Bahagian Kecemasan Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

Sumber itu berkata, kesemua suspek memakai baju biasa, tidak bertopeng dan seorang daripadanya mampunyai senjata laras panjang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi mengesahkan menarima laporan mengenai kejadian berkenaan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan