Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nelayan dinasihat salur maklumat jenayah di perairan negara kepada pihak berkuasa

Muis Picho (tiga kiri) menyampaikan sijil kepada anggota PNK pada majlis itu. - foto Masani Sandan
Muis Picho (tiga kiri) menyampaikan sijil kepada anggota PNK pada majlis itu. – foto Masani Sandan

TAWAU – Nelayan di daerah ini wajar menjadi mata dan telinga pihak berkuasa untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui sebarang aktiviti jenayah terutama di kawasan perairan negara.

Saranan itu dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho, bahawa langkah itu mampu membantu pihak berkuasa bertindak dengan segera membanteras kegiatan bertentangan dengan undang undang negara ini.

Menurutnya, maklumat yang diketahui boleh disalurkan kepada pihak Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Selain penyeludupan barang-barang keperluan harian, saya difahamkan di perairan kita juga berlaku aktiviti penyeludupan manusia, rokok dan apa yang dikhuatirkan ialah jika berlaku penyeludupan senjata dan dadah, yang boleh mengganggu gugat kesejateraan kita.

“Justeru, kita berharap golongan nelayan dapat menyalurkan maklumat dengan pantas kepada pihak berkuasa jika mengetahui sebarang aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang,” katanya ketika berucap sempena perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tawau, di sini hari ini.

Mengulas mengenai mesyuarat itu, beliau berharap PNK Tawau dapat mencapai matlamat penubuhannya dan melaksanakan program yang berfaedah untuk ahli-ahlinya. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan