Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nelayan diminta manfaat bantuan kerajaan

TAWAU: Para nelayan di sini dinasihatkan agar menggunakan dan memanfaatkan sepenuhnya bantuan yang diberikan oleh kerajaan dengan sebaik mungkin.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik, Datuk Abd Muis Picho berkata, segala bantuan seperti minyak bersubsidi, bot dan peralatan menangkap ikan dan sebagainya yang diberikan oleh kerajaan itu adalah bagi meringankan beban mereka.

“Guna bantuan yang diterima dengan sebaiknya dan berusaha memajukan taraf kehidupan kepada yang lebih baik,” katanya ketika Majlis Pembayaran Wang Elaun Sara Hidup Secara Tunai, Persatuan Nelayan Kawasan Tawau.

Pada majlis itu, seramai 395 orang nelayan dari kawasan Parlimen Tawau dan Kalabakan, menerima pembayaran wang bantuan elaun sara hidup bernilai RM200 setiap seorang.
Mengenai majlis bantuan itu, beliau juga berkata ia menunjukkan bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan nasib golongan nelayan dan mengiktiraf sumbangan mereka dalam membantu kerajaan membangunkan negara.

Katanya, selain bantuan elaun sara hidup, kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta agensi-agensinya yang lain juga sentiasa merancang untuk terus membantu golongan tersebut, khususnya golongan nelayan yang berdaftar dan berkelayakan. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

ELAUN SARA HIDUP.. Muis (kiri) menyampaikan bantuan elaun sara hidup RM200 kepada nelayan. –foto Masani Sandan / SayangSabah
ELAUN SARA HIDUP.. Muis (kiri) menyampaikan bantuan elaun sara hidup RM200 kepada nelayan. –foto Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan