Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nekad Terjun Lumpur Elak Dicekup Polis

6:15pm 13/10/2016 Pak Roshan 2885 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir
Sumber Foto : Facebook Polis IPD Tawau

Sumber Foto : Facebook Polis IPD Tawau

LAGAK ‘SUPERHERO’ ANTARA CABARAN PENUGASAN NCID TAWAU

Tawau : Demi dadah seorang penagih bertindak nekad cuba melakukan lagak ‘Superman’ dengan terjun melalui tingkap dari tingkat 4 sebuah blok perumahan di Taman Sri Balung.

Namun tindakan cekap pihak polis berjaya menarik lelaki tersebut dari melakukan aksi membahayakan nyawa itu.

Dalam serbuan yang dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Narkotik Daerah (NCID) diketuai oleh Inspektor G.Shankar Ganesh, sepasang suami isteri dan seorang rakan mereka dicekup bersama peralatan menghisap dadah dan dadah dianggarkan seberat 8.9 gram.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

*******************************
Dalam Ops Tapis yang dijalankan petang tadi, seorang anggota polis berpangkat koperal dari Bahagian Siasatan Narkotik Daerah (NCID) terpaksa ‘berenang’ mengharungi lumpur separas pinggang demi untuk membuat tangkapan ke atas seorang suspek.

Suspek yang terlebih dahulu terjun tanpa berfikir panjang setelah membuang sesuatu di atas jambatan apabila menyedari kehadiran pihak polis.

Semasa ops dijalankan di Kampung Tanjung Batu Logpond, suspek berumur 22 tahun itu dikatakan berada di kawasan jambatan sambil membawa bungkusan plastik hitam.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan hitam tersebut, pihak NCID menemukan 4 paket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu. Suspek mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat perbuatannya itu dan akan dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

NOTA:
Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952
HUKUMAN – tempoh penjara tidak kurang dari 2 tahun dan tidak lebih 5 tahun serta hukuman sebat tidak kurang 3 sebatan tetapi tidak lebih daripada 9 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952
HUKUMAN – Denda tidak lebih RM100,000 atau penjara hingga tempoh 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952
HUKUMAN – Denda sehingga RM5000 atau penjara hingga 2 tahun jika sabit kesalahan.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Sumber Foto : Facebook Polis IPD Tawau

Sumber Foto : Facebook Polis IPD Tawau

Sumber Foto : Facebook Polis IPD Tawau

Sumber Foto : Facebook Polis IPD Tawau

Sumber Foto : Facebook Polis IPD Tawau

Sumber Foto : Facebook Polis IPD Tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan