Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Negara lebih baik bawah pimpinan Anwar sebagai PM ke-8

Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli (kiri) ketika hadir pada Majlis Makan Malam dan Pelancaran Tabung Reformasi 20 Tahun di Dewan Hakka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang lebih baik dibawah pentadbiran Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri kelapan.

Menurut Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, untuk merealisasikannya, Anwar memerlukan barisan kepimpinan yang kuat bagi membantu beliau menumpukan sepenuh perhatian dalam mengotakan serta melaksanakan janji reformasi PKR selama 20 tahun lalu.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri nanti memerlukan barisan kepimpinan belakang yang 200 peratus berada bersama beliau, bukan semata-mata untuk cita-cita peribadi, bukan merancang macam mana mana menjadi perdana menteri dengan lebih cepat.

“Tetapi orang-orang ini perlu menjadi pendokong paling kuat untuk membolehkan PKR melaksanakan semua janji itu,” katanya dalam majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun #Reformasi20Tahun di Dewan Hakka Kota Kinabalu.

Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli (duduk, kanan) bergambar beramai selepas hadir pada Majlis Makan Malam dan Pelancaran Tabung Reformasi 20 Tahun di Dewan Hakka, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Rafizi yang juga calon Timbalan Presiden PKR menegaskan sebagai parti pilihan rakyat, ahli PKR wajar memastikan budaya politik pintu belakang tidak berulang dalam parti tersebut.

Katanya, Anwar sebagai Presiden dan bakal Perdana Menteri mesti memiliki hak untuk membuat keputusan tanpa sebarang tekanan atau pengaruh daripada pihak-pihak tertentu.

“Kalau di dalam mesyuarat kita boleh berbeza pendapat, kita boleh luahkan perasaan, pandangan yang berbeza tetapi setelah keputusan dibuat setelah keempat-empat parti dalam PH menerimanya, maka kita kena angkat dan dokong keputusan yang telah dipersetujui bersama.

“Itu caranya untuk kita membuka ruang kepada Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri yang terbaik dan berkesan selepas ini,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan