Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Negara Hadapi Masalah Jika Gagal Lahirkan Modal Insan Berkualiti

tawfiq

TAWAU – Negara akan berhadapan masalah besar jika gagal melahirkan modal insan berkualiti untuk kesinambungan kecemerlangan kepimpinan negara pada masa hadapan, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Sehubungan itu katanya, usaha memperkasa golongan belia sentiasa menjadi keutamaan pemimpin masa kini agar dapat mewariskan kepimpinan kepada mereka yang berupaya mengukuhkan kedaulatan dan kegemilangan bangsa serta negara.

“Inilah cabaran yang perlu digalas generasi muda iaitu menyedari peranan dan tanggungjawab terhadap negara,” katanya ketika berucap pada program Kem Transformasi Belia Zon Tawau di Kem PLKN San Shui, hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Apas itu berkata, kerajaan juga sentiasa berusaha menyediakan ruang dan peluang kepada generasi muda dengan penganjuran pelbagai program bermanfaat ke arah melengkapkan belia dengan pelbagai ilmu dan kemahiran.

Malah katanya, kerajaan sentiasa menggalakan generasi muda menubuhkan persatuan yang dapat mencungkil bakat kepimpinan pada peringkat awal dan sebagai langkah mengukuhkan jaringan perpaduan antara mereka.

Seramai 112 peserta – 64 lelaki dan 38 wanita – dari daerah ini, Semporna, Kunak dan Lahad Datu menyertai program berkenaan yang bermula 17 Disember lepas. – BERNAMA

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan