Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Negara bergantung kepada kualiti sumber muda berwawasan

3:22pm 23/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 14 views Pendidikan,Tempatan
Hamisa (tengah) menyampaikan cendera kenangan kepada pelajar baktisiswa

Hamisa (tengah) menyampaikan cendera kenangan kepada pelajar baktisiswa

TAWAU- Maju atau mundurnya sesebuah negara bergantung kepada kualiti sumber manusia dan generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara kata Datuk Hajah Hamisa Samat.
Beliau yang Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat berkata kerajaan sentiasa mengambil berat akan perkembangan generasi muda agar mampu menjadi modal insan yang berkualiti dan unggul bagi memacu pembangunan dan kemajuan negeri.
Menurut Hamisa, mereka yang berpegang teguh kepada agama, sentiasa menjadikannya sebagai prinsip utama hidup untuk mencurah bakti kepada masyarakat dan negara.
“Perkara kedua, ilmu pengetahuan yang ada harus dijadikan landasan untuk meningkatkan kualiti hidup insan. Ilmu pengetahuan yang ada juga perlu digunakan untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi umat manusia, tidak kira apa jua pegangan agama, amalan budaya, warna kulit dan sempadan.
“Apalah maknanya berilmu, jika gagal memanfaatkan ilmu untuk faedah masyarakat. Orang berilmu sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan”, kata Hamisa.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Baktisiswa Sabah Universiti Utara Malaysia disini kelmarin.
Tambahan Hamisa, ramai yang menguasai pelbagai disiplin ilmu, tetapi sayangnya gagal menjadikannya sebagai landasan untuk faedah umat manusia.
“Penipuan, keruntuhan akhlak dan moral, terlibat dalam pelbagai aktiviti yang menjijikkan, rasuah malah pelbagai aktiviti jenayah termasuk yang menggunakan teknologi baru, amat menjengkelkan.
“Saya percaya, universiti seharusnya memberi penekanan kepada usaha untuk siswa-siswi menguasai ilmu yang dapat membuka pemikiran, membina sahsiah diri dan mampu berfikir berteraskan nilai-nilai hidup yang kita inginkan,”jelasnya.
Program Jelajah Sabah dari Kota Kinabalu ke Semporna dan Tawau bermula dari 14 Januari lalu sehingga hari ini.- SayangSabah
Hamisa (kiri) menerima cenderahati daripada wakil pelajar baktisiswa di Tawau kelmarin

Hamisa (kiri) menerima cenderahati daripada wakil pelajar baktisiswa di Tawau kelmarin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan