Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nasihat ayah dibalas tumbukan

tumbuk bapa

KUALA TERENGGANU – Bengang dinasihati ayah, seorang anak ‘naik hantu’ dengan memaki-hamun hingga turut tergamak menumbuk kepala mangsa dalam satu kejadian, petang kelmarin.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika ayah malang berusia 58 tahun itu berehat di rumah di Lorong Haji Da Jalan Tengku Mahmud, di sini, sebelum dihampiri suspek berusia 33 tahun.

“Sebelum insiden, mangsa cuba menegur anak lelakinya itu agar ubah perangai, namun niat murni mangsa yang ingin lihat anaknya itu menjadi lebih baik, tidak disenangi suspek.

“Suspek yang menganggap teguran itu merupakan satu leteran tidak disukainya, bertindak mengamuk dengan memaki-hamun mangsa menggunakan perkataan kesat,” katanya.

Tidak puas dengan itu, suspek bertindak lebih kejam apabila menumbuk mangsa yang ketika itu hanya mendiamkan diri.

“Suspek menumbuk kepala dan lengan sebelah kiri mangsa menyebabkan mangsa luka di bahagian lengan serta bengkak di kepala.

“Walaupun kesakitan, mangsa tetap tidak melawan kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, ayah malang itu mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian berkenaan kepada polis kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku kepada dirinya serta keluarga pada masa akan datang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Komen


Berita Berkaitan