Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,798

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nasib tujuh beradik yatim piatu dapat perhatian

6:56pm 16/04/2016 Leolerry Lajius 2142 views Tempatan
Fracisca (kiri) bersama adik-adiknya.

Fracisca (kiri) bersama adik-adiknya.

PITAS: Nasib 7 beradik di Kampung Bongkol yang kehilangan ibu bapa mereka terus mendapat perhatian dan pembelaan kerajaan.

Menteri Pembagunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid yang datang melihat sendiri keadaan 7 beradik berkenaan melahirkan rasa simpati dan turut menghulurkan bantuan keperluan harian ketika turun padang melihat nasib mereka di kampung mereka hari ini.

Menurut Datuk Jainab, bantuan yang sepatutnya akan diberikan kepada 7 beradik tersebut kerana mereka telah kehilangan tempat bergantung.

“Kita akan memberikan bantuan yang sepatutnya kepada mereka memandangkan anak yang sulung iaitu adik Fracisca Harul baru berusia 17 tahun.”

“Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah juga akan menyalurkan Tabung Bantuan Segera (TBS) RM300 kepada mereka  bermula pada bulan Mei dan bantuan Kanak-kanak (BKK) sebanyak RM450 akan diberikan kepada Fracisca,” katanya.

Jainab menyampaikan sumbangan kepada Fracisca dan adik-adiknya.

Jainab menyampaikan sumbangan kepada Fracisca dan adik-adiknya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Pitas Datuk Bolkiah Ismail akan membina sebuah rumah untuk anak-anak yatim tersebut melalui program “Touch Point” dan turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau.

“Ia akan dilaksanakan melalui Pejabat Daerah Pitas dan akan dibina dengan peruntukan RM50,000.00 untuk membantu anak-anak ini mendapat kediaman yang selamat dan selesa,” katanya.

Sementara itu, Fracisca melahirkan rasa terima kasih kerana nasib mereka mendapat perhatian dan juga turut mendapat bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

“Saya telah bekerja selama tiga tahun di kedai roti dengan pendapatan RM800.00 sebulan bagi menyara keluarga saya,” katanya.

7 beradik ini telah kehilangan ibunya dua tahun lalu kerana sakit dan disusuli ayah mereka yang meninggal dunia pada 31 mac lalu kerana sakit.

Selepas melawat anak-anak yatim tersebut, Jainab juga turut melawat kedai di sekitar pekan Pitas bagi memantau kadar harga barangan di kawasan tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Bolkiah menyampaikan sumbangan kepada Fracisca dan adik-adiknya.

Bolkiah menyampaikan sumbangan kepada Fracisca dan adik-adiknya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan