Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nasib si kaki 4

8:03am 10/12/2015 Pak Roshan 782 views Global
RAJPUT dengan dua kaki berlebihan (dalam bulatan).

RAJPUT dengan dua kaki berlebihan (dalam bulatan).

New Delhi: Seorang lelaki yang dilahirkan dengan empat kaki digelar ‘setan’ oleh penduduk kampungnya, menyebabkan dia terpaksa menjalani kehidupan bersendirian.

Arun Rajput, 20, dari kampung pedalaman di Farrukhabad, Uttar Pradesh, kini berharap untuk menjalani pembedahan bagi membolehkan dia menjalani kehidupan seperti orang lain.

“Saya menjadi bahan ejekan. Mereka berkata saya saya setan. Tidak ada yang menghormati saya kerana keadaan saya. Saya mahu menjadi seperti mereka. Saya mahu bekerja seperti lelaki lain,” katanya.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia teringin sangat untuk menjalani pembedahan, belajar dan memenuhi impian untuk menjadi guru.

Dua kaki tambahan Arun yang dipercayai akibat daripada kembarnya yang tidak menjadi, menyebabkan dia tidak boleh duduk dengan betul.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan