Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nasib Malang Pencuri, Jatuh Depan Polis

POLIS berkawal di depan pasar raya ketika pencuri (dalam bulatan) terbaring di atas lantai
POLIS berkawal di depan pasar raya ketika pencuri (dalam bulatan) terbaring di atas lantai

Houston – Sudah jahat, malang pula. Seorang pencuri mengalami nasib amat malang ketika dia cuba memecah masuk ke sebuah pasar raya semalam.

Jurucakap polis berkata, lelaki itu menyelinap ke pasar raya Family Dollar melalui bumbung bangunan terbabit.

Katanya, lelaki itu kemudian bersusah-payah merangkak untuk sampai ke bahagian siling.

Pada masa sama, pekerja pasar raya mengesyaki ada pencuri di atas siling dan menghubungi polis.

Ketika polis tiba untuk menyiasat, lelaki terbabit tiba-tiba terjatuh di depan anggota keselamatan.

Sebaik melihat suspek meraung kesakitan, pegawai terbabit terus menahannya di tempat kejadian.

Sumber berkata, suspek mencuri bersendirian dan memanjat pokok di bangunan bersebelahan untuk menyelinap masuk melalui lubang pada bumbung pasar raya itu.

“Polis mengesyaki suspek memecah masuk pasar raya itu untuk mencuri rokok,” katanya. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan