Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nasib ‘Budak Hantu’

MITHUN terpaksa hidup sendirian kerana penyakit.
MITHUN terpaksa hidup sendirian kerana penyakit.

New Delhi: Seperti kebanyakan remaja berusia 16 tahun, fikiran Mithun Chauhan dikuasai tiga perkara bersekolah, bermain dengan rakan dan berpacaran.

Bagaimanapun selepas menghidap kecelaruan genetik yang menyebabkan seluruh tubuhnya membengkak, remaja itu yakin dia ditakdirkan akan hidup sendirian seluruh hayatnya.

Mithun menghabiskan masa setiap hari di rumah kerana wajahnya menakutkan penduduk tempatan yang menggelarnya ‘Budak Hantu.’

Dia tidak boleh ke sekolah kerana murid lain akan bertempiaran lari apabila melihatnya.

Keluarganya yang menetap di Navada di negeri Bihar mendakwa, penyakit yang menimpa Mithun berpunca daripada kesilapan ubat yang diberikan seorang doktor untuk merawat ketumbuhan ketika dia berusia lima tahun. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan