Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,660

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nasib baik tak mati

9:00am 05/08/2016 Pak Roshan 802 views Global

dilanggar

London: Seorang lelaki berusia 30 tahun terselamat walaupun cedera agak parah selepas dilanggar kereta hingga melambung setinggi kira-kira lima meter di satu tempat letak kereta di Norfolk, Sabtu lalu, yang dianggap polis sebagai cubaan bunuh.

Dalam kejadian di Tempat Letak Kereta Vicarage, North Walsham, Norfolk, pada 12.55 pagi Sabtu lalu, rakaman video amatur yang disiarkan polis menunjukkan sebuah kereta jenis Peugeot 307 berwarna biru dipandu laju dan merempuh lelaki berkenaan sehingga dia melambung.

Kereta itu kemudian sekali lagi cuba merempuh lelaki berkenaan yang terduduk di atas jalan namun dia sempat mengelak.

Mangsa yang patah tulang pinggul dan kecederaan kaki serius, kini dirawat di hospital.

Menurut polis, sebelum kejadian, lelaki itu berjalan bersama dua rakannya di tempat letak kereta berkenaan apabila kereta Peugeot 307 itu merempuhnya. Seorang rakannya melarikan diri dan seorang lagi melemparkan sesuatu ke arah kereta itu. – DailyMail/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan