Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nasib anak tiri, dipukul, diseterika

pukul anak

Jakarta: Kerana bermain terlalu lama, seorang wanita di sini sanggup memukul anak tirinya termasuk meletakkan seterika panas di pipi kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun berkenaan.

Kejadian itu berlaku di Duren Sawit, Jakarta Timur semalam yang menyebabkan kanak-kanak malang itu cedera di kepala dan pipi.

Seorang jiran mangsa yang dikenali sebagai Wiwi, 53 berkata, kanak-kanak itu dipukul dengan kejam kerana keluar bermain dari pukul 12 tengah hari hingga 2 petang.

“Wanita itu yang dikenali sebagai Su marah kerana anaknya bermain terlalu lama dan tidak pulang ke rumah.

“Kanak-kanak itu cedera di pipi kerana diletakkan seterika panas oleh Su dan kepalanya turut benjol akibat dipukul,” katanya.

Ujarnya, kanak-kanak itu tinggal bersama bapa dan ibu tirinya selepas ibu bapa kandungnya berpisah.

“Kanak-kanak itu tinggal bersama ibu tirinya sejak setahun yang lalu.

“Saya tidak tahu mengapa wanita itu sanggup memukul anaknya tetapi saya mendengar dia berang selepas kanak-kanak itu keluar bermain,” katanya. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan