Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,761

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nasi mandi RM122,000

8:56am 22/06/2016 Pak Roshan 960 views Global
ABDULLAH kanan menunjukkan nasi mandi yang dijual dengan harga RM122,000.

ABDULLAH kanan menunjukkan nasi mandi yang dijual dengan harga RM122,000.

Riyadh: Hidangan nasi mandi, makanan tradisional masyarakat Arab yang dihidangkan bersama ayam atau daging kambing dijual dengan harga SR113,600 (RM122,000) dalam satu acara memungut derma.

Penjualan itu dibuat sebagai sebahagian daripada lelongan awam di pulau Tarout, Wilayah Timur di Arab Saudi untuk mengumpul dana bagi meningkatkan kehidupan anak yatim dan mereka yang memerlukan.

Ketua badan kebajikan masyarakat tempatan, Abdullah Al Alaiwat yang menganjurkan lelongan itu berkata, matlamatnya ialah untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam kalangan setiap penduduk.

“Jumlah yang diperoleh dalam acara yang diadakan sebelum sahur itu ialah SR136,550 (RM147,000). Kami mahu mendekati masyarakat dan memastikan mereka menyertai semua aktiviti yang dianjurkan,” katanya, dipetik oleh akhbar Okaz, kelmarin.

Pengguna dalam talian turut menyambut baik rancangan itu dan memuji semangat kerjasama melalui aktiviti kebajikan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan