Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Naqsyabandiah raya hari ini

9:29am 04/07/2016 Pak Roshan 753 views Global
GAMBAR hiasan, wanita yang mengikut tarekat Naqsyabandiah di Padang, Sumatera, Indonesia.

GAMBAR hiasan, wanita yang mengikut tarekat Naqsyabandiah di Padang, Sumatera, Indonesia.

Padang: Anggota jemaah tarekat Naqsyabandiah di sini menamatkan puasa mereka semalam.

Sehubungan itu, pengikut tarekat berkenaan mengadakan takbir hari raya malam tadi dan akan menunaikan solat Aidilfitri hari ini.

“Kami berpuasa selama 30 hari. Yang membezakan kami dengan penduduk lain ialah kami memulakannya dua hari lebih awal,” kata seorang wanita dua anak di daerah Kuranji, Elli Ujang.

Walaupun begitu, Elli berkata, dia dan rakannya yang lain tetap menghormati penduduk yang masih melakukan berpuasa.

Seorang lagi ahli tarekat itu, Komar berkata, tarekat itu amat konsisten dalam menentukan awal Ramadan dan Syawal.

Ketua Naqsyabandiah Sumatera Barat, Syafri Malin Mudon mengarahkan jemaahnya menunaikan solat sunat hari raya hari ini di Masjid Baitul Makmur Pasar Barau di Pauh bermula jam 7 pagi (waktu tempatan).

Dalam pada itu, ketua pejabat Kementerian Agama Padang, Japeri Jarap menggesa penduduk bersabar dalam menangani perbedaan akhir Ramadan dan awal Syawal.

Menurutnya, yang paling penting ialah menjaga suasana harmoni antara masyarakat. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan