Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nancy Reagan meninggal dunia

NANCY
NANCY

New York: Nancy Reagan, bekas aktres yang berjuang mati-matian melindungi suaminya Ronald Reagan sepanjang karier mereka di Hollywood, lapan tahun di Rumah Putih, cubaan membunuh dan penderitaan Alzheimer, meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Nancy menjadi antara wanita pertama paling berpengaruh dalam sejarah Amerika Syarikat ketika suaminya menjadi presiden dari 1981 hingga 1989.

Suaminya yang memanggilnya ‘Mommy’ sementara dia memanggilnya ‘Ronnie,’ meninggal dunia pada 2004 setelah sekian lama menghidap Alzheimer, masalah kecelaruan otak yang memusnahkan ingatan.

Nancy yang nama sebenarnya Nancy Davis pelakon Hollywood pada 1940-an dan 1950-an. Dia berkahwin dengan Reagan, juga bintang Hollywood, pada 1952, sebelum menjadi wanita pertama California ketika Reagan menjadi gabenor negeri itu pada 1967 hingga 1975.

Mereka kemudian berpindah ke Rumah Putih selepas Reagan menjadi presiden, mengalahkan Jimmy Carter, pada 1980. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan