Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nampak pesawat menjunam

keadaan serpihan pesawat selepas api berjaya dipadamkan dan gerakan mencari mangsa sedang dilakukan. - Foto AP
keadaan serpihan pesawat selepas api berjaya dipadamkan dan gerakan mencari mangsa sedang dilakukan. – Foto AP

Medan: “Saya nampak pesawat itu datang dari arah lapangan terbang dan ketika itu ia sudah kelihatan menjunam. Selepas itu saya nampak asap,” kata penduduk tempatan di Medan, Indonesia, Januar, 26.

AFP melaporkan ketika kejadian, pesawat Hercules C130 milik Tentera Udara Indonesia itu membawa 12 anak kapal iaitu tiga juruterbang, seorang jurumudi dan lapan juruteknik. Pesawat itu dan terhempas ke atas kawasan penempatan yang baru siap dibina di hujung landasan.

Setakat ini, hospital mengesahkan sudah menerima lima mayat namun anggota penyelamat sedang mengumpul cebisan anggorta badan dan mayat lain di tempat kejadian.

Ketua polis tempatan, Mardiaz Dwihananto, berkata mayat berada dalam serpihan pesawat dan runtuhan bangunan. Ada mayat dihempap serpihan pesawat dan bangunan serta ekor pesawat,” katanya.

Pesawat itu berlepas pada jam 12:08 tengah hari waktu tempatan dari pangkalan tentera udara di Medan dan terhempas dan meletup dengan api menjulang kira-kira-kira dua minit kemudian, kira-kira lima kilometer dari pangkalan itu.

Reuters melaporkan Hisar Turnip dari agensi Basarnas berkata, sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh tetapi angka itu tidak dapat disahkan.

“Ia maklumat terkini dan angka itu boleh meningkat,” kata Hisar Turnip.

anggota bomba dan tentera memeriksa lokasi pesawat C130 terhempas. - Foto AP
anggota bomba dan tentera memeriksa lokasi pesawat C130 terhempas. – Foto AP

Sumber : Harian Metro Online

Komen


Berita Berkaitan