Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nama Tun M ‘kena boo… ‘ di Penampang

PENAMPANG: Nama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, disambut dingin oleh penduduk Penampang malah “di booo…” ketika Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak menyebut nama beliau.

Najib sifatkan, pemimpin seperti mantan Perdana Menteri itu, tidak layak untuk diangkat semula sebagai Perdana Menteri ditambah lagi sepanjang kempen pilihan raya kali ini pemimpin yang “berangan-angan” mahu menjadi Perdana Menteri itu tidak pernah datang ke Sabah untuk melawat orang Sabah.

“Sebelum pilihan raya saya sudah selalu datang ke Sabah, saya suka berjumpa dengan orang-orang Sabah, ada seorang lagi yang pernah menjadi perdana menteri 22 tahun, dia tak suka berjumpa dengan orang-orang Sabah.”

“Dalam kempen ini dia nak jadi perdana menteri semula tapi yang peliknya kalau lah nak jadi perdana menteri, kenapa satu hari pun tak kempen ke sabah ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pemimpin Barisan Nasional Bersama Rakyat di Hongkod KDCA, hari ini, yang dihadiri seramai lebih 2,000 penyokong.

Najib yang telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama sembilan tahun terkenal sebagai Perdana Menteri yang mempunyai rekod “paling kerap” melawat ke Sabah berbanding perdana menteri sebelum ini.

Najib juga mempersoalkan tindakan mantan Perdana Menteri itu yang menuduh beliau sebagai punca di sebalik penutupan kedai rotinya kerana mengalami kerugian.

Beliau sifatkan, dakwaan berkenaan adalah tidak masuk akal sama sekali kerana menyalahkan orang lain atas kegagalan menguruskan perniagaan sendiri adalah individu yang tidak berani mengakui kesilapan sendiri.

Dalam pada itu, Najib juga menyatakan, beliau mempunyai banyak perancangan untuk Sabah dan memohon agar rakyat Sabah terus memberikan mandat kepada BN untuk membentuk kerajaan.

Daerah Penampang dan dua kerusi Dewan Undangan Negerinya yang jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum yang lalu, diyakini akan dirampas semula oleh BN berdasarkan sokongan yang semakin kukuh daripada penduduk Penampang yang meyakini hanya BN yang mampu membawa perubahan di kawasan itu./SayangSabah

Ketibaan Najib yang diiringi oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, disambut oleh ribuan penyokong di Hongkod KDCA. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan