Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nama Parlimen, DUN dipinda ikut kesesuaian kawasan

r

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan nama bagi beberapa bahagian pilihan raya perlu dipinda kerana sempadan yang telah berubah atau nama asalnya yang tidak lagi sesuai digunakan.

SPR dalam Laporan Kajian Semula Persempadanan Pilihan Raya berkata, nama sesuatu bahagian pilihan raya seboleh-bolehnya diambil daripada nama Daerah Mengundi (DM) yang ada dalam bahagian pilihan raya yang berkenaan.

Katanya, nama itu adalah antara terbesar sama ada dari segi keluasan atau bilangan pemilih.

“Pindaan nama dibuat berpandukan kepada ciri tertentu seperti nama tempat yang terkenal seperti nama bandar, pekan, daerah, mukim,” katanya.

Selain itu, katanya turut dipertimbangkan nama tempat yang mempunyai latar belakang sejarah; dan nama yang sinonim dan dikenali penduduk atau masyarakat tempatan,” kata laporan itu yang dibentangkan di Parlimen, hari ini.

SPR berkata, dalam mengkaji kesesuaian nama-nama berkenaan, suruhanjaya itu tidak mempertimbangkan cadangan nama yang menggunakan nama yang sama bagi dua atau lebih bahagian pilihan raya sama ada bagi Bahagian Pilihan Raya Persekutuan atau Bahagian Pilihan Raya Negeri.

SPR juga tidak memberi nama yang berunsur penjajah; menggunakan nama daripada perkataan yang boleh membawa makna kurang baik atau kurang sopan; menggunakan cantuman dua nama daerah pentadbiran atau dua tempat yang berdekatan. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan