Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nak masak untuk Obama

mama-sarah

Nairobi: Nenek Presiden Barack Obama di Kenya berhasrat memasakkan makanan tradisional untuk cucunya apabila pemimpin Amerika itu melawat negara timur Afrika itu hujung bulan ini.

“Saya akan menyediakan semua makanan tradisional yang ada,” kata Mama Sarah dalam bahasa Luo ketika melawat Nairobi, kelmarin.

Menurutnya, antara masakan yang akan disediakan ialah lauk ikan, ayam dan bubur jagung.

“Tidak kira sama ada Barack (Obama) senator atau presiden. Dia akan makan apa yang saya masak untuknya,” kata Mama.

Wanita itu adalah isteri ketiga datuk Obama sebelah bapa, Hussein Onyango Obama dan menetap di Kogelo, sebuah kampung kecil di barat Kenya.

Mama berkata, dia meminta Obama datang ke Kogelo untuk memberi penghormatan kepada pusara bapanya, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada Obama dapat menunaikan pelawaan itu.

Bapa Obama dilahirkan di Kogelo dan membesar di situ sebelum ke luar negara untuk meneruskan pelajaran.

Meskipun Mama Sarah tidak mempunyai talian darah dengan Obama, Presiden Amerika Syarikat itu memanggilnya ‘nenek’ dan pernah melawatnya pada masa lalu.

Ini kali keempat Obama melawat Afrika sejak menjadi presiden, tetapi yang pertama ke Kenya selepas memegang jawatan itu pada 2009.-Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan