Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nak bunuh diri kali pertama lihat kekasih

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Beijing: Seorang wanita berusia 23 tahun cuba membunuh diri beberapa kali sepanjang malam di sebuah hotel di wilayah Heilongjiang selepas kecewa apabila kali pertama menemui kekasihnya yang dikenali di Internet.

Kejadian berlaku di tingkat tujuh sebuah hotel di bandar Mudanjiang.

Sebaik polis tiba, wanita yang berang dan kecewa itu cuba memanjat balkoni bilik hotelnya sambil menjerit ‘Kamu tipu saya!’ kepada bekas kekasihnya itu.

Selepas berjaya memujuk wanita itu turun, polis mengasingkan kedua-duanya dan cuba mententeramkan mereka.

Tiba-tiba wanita itu menelan segenggam pil tidur serta cuba menggunakan serpihan kaca untuk mengelar lengannya.

Polis bertindak pantas dan berjaya menghalangnya sebelum menelefon ambulans untuk menghantarnya ke hospital.

Ibu wanita berkenaan berkata, anaknya yang berasal dari Jilin pergi ke Heilongjiang untuk menemui lelaki yang dikenalinya di Internet.

Katanya, keluarganya bagaimanapun tidak merestui hubungan itu kerana lelaki terbabit 10 tahun lebih tua daripada anaknya.

Bagaimanapun, anaknya tetap berdegil mahu menemui kekasihnya dan akhirnya kecewa selepas melihat lelaki berkenaan buat kali pertama.

Keadaan wanita itu stabil tetapi dia dilaporkan tertelan serpihan kaca menyebabkan dia masih dipantau doktor.

Kisah itu menimbulkan kekeliruan pengguna Internet dengan seorang daripanya berkata: “Kenapa sanggup bunuh diri hanya kerana kekasihnya tidak sekacak dalam gambar?

“Tidakkah dia terfikir kesan perbuatannya terhadap ibu bapa?”

Seorang lagi berkata: “Buruk sangatkah rupa lelaki itu sehingga menyebabkan dia mahu membunuh diri?” – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan