Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najis bawa ‘tuah’

SEORANG penduduk memulakan upacara menggolek anaknya pada najis lembu.
SEORANG penduduk memulakan upacara menggolek anaknya pada najis lembu.

New Delhi: Penduduk di sebuah kampung kecil di India dilapor menggolekkan anak mereka dalam najis lembu dengan kepercayaan ia akan membawa tuah kepada kanak-kanak itu.

Tradisi itu dikatakan menjadi amalan penduduk di kampung Betul di Madya Pradesh sejak dulu lagi.

Penduduk berkenaan percaya dengan mengotorkan anak mereka dengan najis haiwan itu akan membantu mereka menjalani kehidupan sihat dan bebas daripada penyakit.

Mereka juga yakin ‘kesucian’ lembu itu akan membawa nasib yang baik kepada kanak-kanak itu dan keluarganya.

Beberapa minggu sebelum ketibaan Deepavali, ibu bapa akan mengumpulkan najis berkenaan dan melonggokkannya di satu tempat.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan