Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib umum RM5 juta untuk naik taraf Pasar Tanjung

TAWAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan RM5 juta untuk menaik taraf Pasar Tanjung Tawau.

Peruntukan tersebut bertujuan untuk menaik taraf kemudahan sedia ada supaya peniaga di Pasar Tanjung dapat menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih selesa.

Selain itu, beliau juga menjelaskan UTC adalah konsep penyampaian perkhidmatan yang belum mampu dilakukan oleh mana-mana negara kerana ia sangat unik dan semua agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri beroperasi di bawah satu bumbung selama tujuh hari seminggu.

“Saya berbangga kerana UTC Tawau hanya mengambil masa selama 10 minggu untuk disiapkan dengan perbelanjaan RM30 juta terus megubah pusat bandar Tawau yang berpotensi menjadi pusat pertumbuhan baru,” ujarnya.

Tambahnya lagi perkhidmatan yang ada di UTC dapat menjimatkan masa demi kemakmuran semua rakyat.

Beliau berkata demikian ketika Merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC ) Tawau di sini, pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana mengilhamkan UTC serta memberikan perkhidmatan bekualiti dan memudahkan urusan rakyat.

Jelasnya, ilham Perdana Menteri itu jelas untuk memberi kesejahteraan, kemudahan dan kesenangan kepada semua lapisan masyarakat.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Datuk Syed Abbas Syed Ali, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Husin dan Datuk Seri Panglima Datuk Raymon Tan, anggota Kabinet Negeri serta ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri./Penerangan-

Najib ketika melancarkan gimik perasmian sempena majlis berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan