Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Najib Ucap Takziah Kepada Mangsa Kebakaran Di Tawau

11:25am 16/04/2016 Pak Roshan 218 views Berita Pilihan,Mutakhir,Nasional
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

TAWAU : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada mangsa kebakaran di Tanah Merah, Jalan Habib Abdul Rahman dan Blok 10 Kampung Titingan Darat pada awal pagi Rabu lepas.

Ucapan takziah itu disampaikan oleh wakil perdana menteri, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang merupakan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO pusat.

“Perdana Menteri minta semua mangsa reda atas ketentuan Allah Subhanahuwataala,” katanya kepada pemberita semasa meninjau kawasan kebakaran dan menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada mangsa kebakaran berkenaan di perkarangan Masjid Habib Abdul Rahman, di sini Jumaat.

Menurut Shamsul, malam ini pihaknya akan berbincang dengan pimpinan UMNO Bahagian Tawau yang diketuai Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkenaan perkara yang perlu diberi perhatian segera kepada mangsa kebakaran terutama pelajar bagi mengelakkan mereka ketinggalan dalam pelajaran.

Kebakaran itu memusnahkan 183 buah rumah melibatkan 1,163 orang yang terdiri daripada 222 keluarga warganegara dan 14 keluarga bukan warganegara, serta memusnahkan enam buah kenderaan.

Esok, Tawfiq yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah dan Anggota Dewan Undangan Negeri Apas dijangka menyampaikan bantuan daripada syarikat korporat kepada mangsa kebakaran terbabit.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan