Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib Ucap Tahniah Kepada Jokowi Dipilih Presiden Baharu Indonesia

jokowi

KUALA LUMPUR– Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Joko Widodo “Jokowi” yang dipilih sebagai presiden baharu Indonesia.

“Tahniah kepada @jokowi_do2 kerana memenangi pilihan raya presiden Indonesia. Berharap untuk memperkukuh hubungan dua hala kita dan tidak sabar untuk bertemu tuan,” kata perdana menteri dalam catatan pada Twitter beliau.

Jokowi, gabenor Jakarta dan gandingannya Jusuf Kalla “JK” memenangi pilihan raya presiden dengan memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15 peratus daripada sejumlah 133,567,276 undi.

Calon lawannya Prabowo Subianto dan gandingannya Hatta Rajasa, mendapat 2,576,444 undi atau 46.85 peratus.

Komen


Berita Berkaitan