Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib Tiba Untuk Lawatan Kerja Di Terengganu

najinganu

KUALA TERENGGANU Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini petang ini untuk lawatan kerja di negeri ini.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri dengan pesawat khas pada 2.45 petang disambut Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri Toh Puan Halina Zakaria serta barisan Exco Negeri serta pegawai-pegawai kerajaan pusat dan negeri.

Petang ini, Najib dijangka mendengar satu taklimat mengenai pembangunan negeri di Wisma Darul Iman.

Perdana Menteri kemudiannya dijadual bertemu para peneroka dan penduduk tempatan di pekarangan Pejabat Felda Wilayah Terengganu di Tepuh dalam satu majlis berbuka puasa.

Najib juga dijangka menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Al-Abrar Bukit Tok Beng di sini bersama-sama penduduk sekitar Parlimen Kuala Nerus sebelum pulang ke ibu negara.

Komen


Berita Berkaitan