Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib tiba di Tawau

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman merasmikan Majlis Perasmian Fetival Antarabangsa Tawau 2018 (FKAT), di Dataran Majlis Perbandaran Tawau. – Foto Edmund Samunting

 

TAWAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di sini, malam tadi bagi merasmikan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2018.

Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Tawau dengan pesawat khas pada 8.45 malam, disambut Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman

Turut menyambut Najib adalah anggota Kabinet pusat dan negeri, selain ketua jabatan serta agensi awam negeri dan persekutuan.

Kunjungan Perdana Menteri dalam siri lawatannya ke Semporna begitu dinanti-nantikan penduduk di daerah itu yang ingin melihat pemimpin nombor satu negara secara dekat.

Rata-rata penduduk yang ditemui turut menzahirkan keterujaan mereka kerana difahamkan Najib adalah perdana menteri Malaysia pertama melakukan lawatan kerja ke daerah yang begitu sinonim dengan pulau peranginan yang indah serta keunikan kebudayaan masyarakatnya.

Dalam kunjungan itu, Najib dijangka mengisytiharkan Pulau Bum-Bum sebagai daerah kecil dalam satu majlis diadakan di Dataran Regatta Lepa, di sini, pagi ini bersempena Pelancaran Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna dan Penyerahan Geran Tanah Pantas.

Pegawai Daerah Semporna, Dr Chacho Bullah, berkata pihaknya sudah melakukan persiapan dengan begitu teratur bagi memastikan majlis berjalan lancar, selain turut menjangkakan kehadiran kira-kira 14,000 orang.

“Lawatan Perdana Menteri ini memberi semangat berkobar-kobar kepada masyarakat yang teruja dan tidak sabar menunggu kehadirannya kerana mereka sudah lama mengharapkan dan menantikan detik ini,” katanya.

Selain itu, katanya, dengan jumlah penduduk kira-kira 30,000 orang di 52 kampung dalam Pulau Bum-Bum, keputusan menjadikan pulau itu sebagai daerah kecil tepat pada masanya.

Katanya, ia akan mempercepatkan proses pembangunan pulau itu, urusan tanah, ekonomi penduduk kampung dan pelancongan.

Sementara itu, penduduk di Pulau Bum-Bum berharap pengisytiharan pulau itu sebagai daerah kecil dapat merancakkan lagi pelaksanaan fasa pembangunan untuk manfaat rakyat.

Mereka mahukan pengisytiharan itu kelak memberi impak positif khususnya dalam aspek ekonomi dan sosio-budaya masyarakat di pulau terbabit.

Jumadil Muhakis, 45, penduduk di Kampung Saloka 4 Pulau Bum-Bum, menyifatkan usaha itu dapat merancakkan pembangunan, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk di pulau itu.

Seorang lagi penduduk Pulau Bum-Bum, Abdul Ali Mukiban, 55, dari Kampung Terusan Tengah Lama, pengisytiharan itu adalah bukti komitmen kerajaan untuk meneruskan pembangunan di pulau itu.

Katanya, pengisytiharan itu sudah tentu menjadi detik bersejarah kepada penduduk Pulau Bum-Bum. – BH ONLINE

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba pada Majlis Perasmian Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2018 di Perkarangan Majlis Perbandaran Tawau malam ini. – Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman merasmikan Majlis Perasmian Fetival Antarabangsa Tawau 2018 (FKAT), di Dataran Majlis Perbandaran Tawau. – Foto Edmund Samunting

Komen


Berita Berkaitan