Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib tiba di Sabah untuk lawatan kerja

najibsabah

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja singkat di Sabah.

Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 12.36 tengah hari.

Ketibaan beliau disambut Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, timbalan-timbalan ketua menteri, anggota Kabinet, ketua-ketua jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, pemimpin masyarakat serta kira-kira 500 rakyat.

Najib dijadual menghadiri taklimat khas pembangunan negeri Sabah oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada pukul 2 petang dan kemudiannya menghadiri perjumpaan dengan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah pada pukul 4 petang.

Kemudiannya perdana menteri akan menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama rakyat Sabah dan menyertai solat Maghrib dan Isyak serta solat sunat tarawih berjemaah sebelum berangkat pulang ke ibu negara. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan