Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib tiba di Sabah

Kota Kinabalu: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 6.50 petang Ahad.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta jentera parti komponen Barisan Nasional.

Esok, Najib dijadualkan menghadiri Majlis Bersama Rakyat di daerah Beaufort, Kota Marudu dan merasmikan bangunan UTC Keningau.

Turut hadir adalah Presiden Parti Bersatu Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Ketua Umno Bahagian Putatan, Datuk Seri Panglima Yahya Husin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman./PENERANGAN-

Najib (kiri) bersalaman dengan Musa (kanan) sebaik turun daripada pesawat khas.

Komen


Berita Berkaitan