Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib Tiba Di Labuan Untuk Lawatan Kerja Sehari

najib

LABUAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja sehari.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Labuan pada 11.45 pagi disambut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, kalangan ketua kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Perdana Menteri kemudiannya diberi taklimat tentang pembangunan Labuan.

Beliau dijadual merasmikan Pasar Sentral Labuan yang baru siap berharga RM34 juta yang turut dilengkapi terminal bas dan teksi.

Najib akan mengakhiri lawatan dengan menyertai ribuan penduduk Labuan pada program ‘Kenduri 1Wilayah’ bersempena Hari Wilayah Persekutuan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan