Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Najib Terus Kukuh Walaupun Dikritik Dr. Mahathir

7:21pm 14/08/2016 Pak Roshan 178 views Mutakhir,Nasional
Datuk Seri Najib Tun razak

Datuk Seri Najib Tun razak

KUALA LUMPUR – Walaupun dikritik dengan begitu hebat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terbukti terus mempunyai kedudukan yang amat kukuh.

Menurut artikel tulisan editor South China Morning Post, Zuraidah Ibrahim, yang disiarkan akhbar itu hari ini, Najib ‘adalah ahli politik yang boleh diibaratkan seperti bank besar, yang terlalu besar untuk gagal’.

“Ketika menghadiri satu perhimpunan tahun lepas, Mahathir menyeru PM supaya berundur. Pada Mac tahun ini, beliau keluar daripada parti pemerintah, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

“Barangkali, beliau menjangka langkah simbolik itu akan memberi semangat dan keberanian secukupnya kepada mana-mana ahli politik dalam UMNO untuk melancarkan cabaran dari dalam terhadap Najib,” tulis Zuraidah dalam artikel itu.

Editor berkenaan bagaimanapun menyifatkan langkah terbaru Dr Mahathir itu hanya akan “berisiko memudaratkan legasinya sendiri’.

“Berbeza dengan memperoleh apa yang dihajatinya pada 2003, kali ini beliau (Dr Mahathir) mungkin mendapati dirinya meninggalkan gelanggang sebagai orang yang kecundang,” katanya.

Zuraidah juga membuat perbandingan antara Dr Mahathir dan nemesis lama beliau, mendiang Lee Kuan Yew, bekas perdana menteri Singapura, yang menurut editor itu, memiliki semangat juang yang sama kentalnya.

Bagaimanapun, kata beliau: “Daripada bersuara dalam kerajaan dalam beberapa kedudukan tidak rasmi secara samar, Lee selalunya lebih suka mempunyai kerusi formal dan bersuara dengan jujur.

“Tahu bilakah untuk berundur adalah satu daripada keputusan kritikal yang perlu dibuat seseorang pemimpin, dan sejarah penuh dengan pemimpin yang bagus, tetapi gagal dalam aspek itu” – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan