Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib Terkejut Dua Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Serangan Bom Berani Mati

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terkejut dan terperanjat mendengar bahawa dua rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam serangan bom berani mati di Iraq dan Syria, yang mengakibatkan lebih 30 orang yang tidak berdosa terkorban.

Menerusi catatan dalam laman Facebook hari ini, Najib berkata tindakan dan ideologi tidak diterima di Malaysia atau Islam, dan kerajaan sememangnya komited untuk memerangi keganasan dalam semua bentuk dan penyamaran, baik di negara ini mahupun di luar negara.

“Kami akan berusaha untuk mengetahui bagaimana dan mengapa kedua-dua anak muda ini sanggup melakukan perbuatan kejam ini, dan akan mengambil segala langkah yang perlu untuk mengelakkan orang lain daripada berbuat demikian pada masa depan,” kata beliau.

Menurut laporan berita hari ini, dua rakyat Malaysia meletupkan diri mereka sendiri, menyebabkan lebih 30 orang di Syria dan Iraq maut minggu lepas.

Mohd Amirul Ahmad Rahim, 26, yang berasal dari Terengganu, meletupkan bom yang berada padanya dalam sebuah kereta semasa pertempuran di kubu kumpulan pengganas Islamic State (IS) di Raqqa, Syria, pada 29 Dis, menurut laporan itu.

Mohamad Syazwan Mohd Salim, 31, yang melaksanakan misi pada malam 3 Jan, ialah seorang daripada tujuh pengebom berani mati yang menyusup ke pusat latihan polis di pangkalan tentera Speicher, kira-kira 160km ke utara Baghdad, Iraq.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan