Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib Telah Buktikan Konsep Wasatiyyah Diterima Dunia Luar

najib

KUALA LUMPUR– Kejayaan Malaysia mencapai tiga persetujuan penting berhubung nahas pesawat MH17 menunjukkan konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diterima oleh masyarakat luar.

Presiden Yayasan Media Malaysia (myMedia) Dzulkarnain Taib berkata keupayaan Perdana Menteri berunding dengan pemimpin yang menguasai wilayah lokasi pesawat itu terhempas dicapai melebihi kemampuan negara-negara besar yang gagal melaksanakannya.

“Kita lihat mangsa nahas MH17 ini kebanyakannya terdiri daripada rakyat Belanda namun negara Kesatuan Eropah ini dan Amerika Syarikat pun tidak mencapai kejayaan.

“Saya sebagai Presiden myMedia mengucapkan tahniah kepada kejayaan Malaysia ini bagi merungkai permasalahan MH17 dalam isu mendapatkan kotak hitam dan pengurusan mayat untuk dibawa pulang ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dzulkarnain berkata konsep Wasatiyyah tidak boleh dipandang enteng kerana sudah terbukti keberkesanannya untuk memujuk ketua puak pemisah Ukraine Alexander Borodai itu bagi membawa pulang mayat warganegara Malaysia dan mendapat hak penjagaan kotak hitam pesawat.

Katanya, malahan The New York Times turut memuji Malaysia berikutan kejayaan mendapatkan persetujuan daripada Alexander Borodai itu.

Sehubungan itu, Dzulkarnain mencadangkan supaya Malaysia mengorak langkah yang lebih jauh selepas ini dengan menjadi pendamai kepada konflik yang berlaku antara Ukraine dengan Rusia.

“Sekiranya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) berjaya memujuk puak pemberontak pro-Rusia ini sudah tentu boleh juga meyakinkan pihak satu lagi. Cukuplah Malaysia menjadi mangsa yang tidak kena-mengena dalam konflik ini.

“Dunia perlu mengambil iktibar daripada kejadian ini dan kalau tidak tentu akan memberi tempias kerana orang awam tidak kena-mengena langsung dalam konflik antara puak Ukraine mahupun Rusia ini,” katanya.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa Malaysia mampu memainkan peranan menyatukan puak Ukraine dan Rusia seperti mana kejayaan kerajaan negara ini membawa kedamaian kepada Bangsamoro di Selatan Filipina.

Pesawat Boeing 777 penerbangan MH17 itu yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lepas.

Pesawat itu membawa 298 orang iaitu 283 penumpang dan 15 anak kapal dan ia dipercayai ditembak jatuh.

Komen


Berita Berkaitan