Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Najib seorang budiman, pentingkan parti, kata Salleh

8:48pm 13/12/2015 Pak Roshan 494 views Mutakhir,Nasional
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi seorang yang kuat untuk mengampuni mereka yang berpaling tadah terhadap mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2015.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi seorang yang kuat untuk mengampuni mereka yang berpaling tadah terhadap mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan seorang yang lemah hanya kerana beliau mencari keamanan dan bukan peperangan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Merujuk kepada tindakan Najib yang juga presiden Umno mengajak semua ahli parti yang bersengketa supaya kembali bersatu dan memperkukuhkan parti pada penghujung Perhimpunan Agung Umno 2015 yang berakhir semalam, Salleh berkata ia mengambil seorang yang kuat untuk mengampuni mereka yang berpaling tadah terhadap mereka.

Katanya, di sebalik kata-kata kesat dilemparkan terhadap Najib dan tercalarnya imej beliau, perdana menteri masih menghulurkan tangan persahabatan kepada lawannya apabila beliau boleh dengan mudahnya memalukan mereka.

“Najib menunjukkan beliau boleh melawan dan beliau juga boleh menjadi dermawan serta seorang lelaki yang merupakan sifat yang sebenar beliau.
“Najib bersedia untuk memaafkan dan melupakan persengketaan untuk kebaikan parti,” katanya dalam catatan terbaru di blog beliau, hari ini.

Mengimbas kembali krisis dalaman Umno yang tercetus antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam pada 1987, Salleh berkata, Najib pada masa itu memilih untuk menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir demi semangat kesetiaan kepada presiden parti dan kepentingan parti.

“Walaupun Najib menunjukkan beliau boleh melawan jika perlu, beliau juga menunjukkan dia lebih suka untuk tidak melawan jika tindakan itu akan menyakiti parti,” katanya.

Katanya, masalah kepada tindakan ini ialah kadang-kadang orang akan membuat kesilapan memikirkan apabila seseorang itu diplomatik dan lebih suka pendekatan secara aman untuk menyelesaikan perbezaan, individu itu dianggap sebagai tidak berani.

“Mereka gagal melihat sudut positif perkara itu yang sebenarnya pendekatan itu boleh menjadikan seseorang itu budiman,” kata Salleh. – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan