Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib Selesai Beri Keterangan Kali Kedua Di SPRM

PUTRAJAYA — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kali kedua berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd di ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Najib berkata pihak SPRM telah melakukan kerja dengan professional dan baik ketika beliau memberikan keterangan hampir tujuh jam berhubung perkara berkenaan.

“Saya telah memberi keterangan pada hari kedua kepada SPRM, bermula dari pukul 10 pagi sehingga pukul 4.30 petang.

“Masa untuk solat zohor dan berehat selama 40 minit, saya telah jawab semua soalan dengan sebaik-baiknya. SPRM telah melakukan kerja-kerjanya dengan professional… mereka kata sesi keterangan telah pun selesai,” katanya pada pemberita selepas memberi keterangan tersebut sebelum beredar pulang.

Anggota Parlimen Pekan itu yang memakai kemeja dan kot hitam, meninggalkan ibu pejabat SPRM pada jam 4.51 petang dengan menaiki kenderaan berwarna putih.

Pagi tadi, Najib, yang tiba di perkarangan bangunan SPRM, diserbu pengamal media tempatan dan antarabangsa yang telah menunggu seawal 7 pagi tadi bagi membuat liputan kes berkenaan.

Dua hari lepas, Najib hadir di ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan kali pertama.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan