Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib: Saya Akan Ambil Tindakan Dalam Beberapa Hari Lagi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan bakat memasak murtabak ketika mengunjungi Bazar Ramadan Bandar Tasik Kesuma, Semenyih hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan bakat memasak murtabak ketika mengunjungi Bazar Ramadan Bandar Tasik Kesuma, Semenyih hari ini. – Foto BERNAMA

SEMENYIH – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari mengenai bentuk tindakan yang akan diambil berhubung tuduhan kononnya kira-kira US$700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana 1MDB telah disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Katanya perkara tersebut telah dirujuk kepada barisan peguam beliau untuk mendapatkan nasihat dan bentuk tindakan susulan dari segi perundangan dan sebagainya yang boleh diambil di dalam serta luar negara.

“Insya-Allah, saya akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari apa tindakan selanjutnya yang akan saya ambil berhubung dakwaan yang cukup jahat ini.

“Saya merujuk kepada tuduhan jahat yang telah dibuat terhadap saya kononnya saya telah songlap atau mencuri US$700 juta daripada 1MBD dan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun peribadi saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Iftar Rakyat Negeri Selangor bersama Perdana Menteri di Masjid Bandar Rinching, di sini hari ini.

Jumaat lepas, The Wall Street Journal (WSJ) menyiarkan laporan dengan mendakwa sejumlah hampir US$700 juta dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri.

Bagaimanapun, pada hari yang sama, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan laporan WSJ itu dan menyifatkan ia sebagai sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

1MDB pula juga menegaskan bahawa ia tidak pernah menyalurkan dana kepada Najib. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan