Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib, Rosmah disenarai hitam

DATUK Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikenakan larangan meninggalkan negara. – Foto REUTERS

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dikenakan larangan meninggalkan negara ini, berkuat kuasa serta merta.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, ketika mengesahkan perkara itu berkata, perintah senarai hitam berkenaan baru dilaksanakan, pagi ini.

“Setakat ini, tiada butiran (mengapa mereka disenarai hitam), cuma itu saja kenyataan daripada Jabatan Imigresen,” katanya secara ringkas ketika dihubungi NSTP, sebentar tadi.

Difahamkan, Najib dan Rosmah hari ini dijadualkan menaiki penerbangan khas menggunakan jet khas ke Jakarta, Indonesia menerusi Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang. BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan