Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib rasmi projek PPR Kota Belud, 1 Mac

Musa Aman (tengah) bersama dengan Abdul Gari Itam (kiri) meninjau lokasi PPR Kota Belud.
Musa Aman (tengah) bersama dengan Abdul Gari Itam (kiri) meninjau lokasi PPR Kota Belud.

KOTA BELUD – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KSBPKT) akan membina sebanyak 900 unit rumah bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Belud di Ulu Kampung Pirasan dan Pulau Mantanani, dekat sini.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan PPR itu tahun lalu dalam Pelan Tindakan Transformas Bandar melalui program Strategi Lautan Biru (NBOS) Kebangsaan bagi golongan berpendapatan bulanan di bawah RM2,000.

“Setakat ini pelaksanaan peringkat permulaan projek tersebut berjalan lancar dan PPR Kota Belud adalah antara keazaman kementerian itu untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat,” katanya.

Upacara Majlis Pecah Tanah PPR Kota Belud pada 1 Mac depan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis yang bermakna dan bersejarah bagi penduduk di daerah ini.

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang meninjau persiapan awal upacara majlis pecah tanah di sini hari ini, menjelaskan kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan padu terhadap projek PPR Kota Belud.

“Kita berbangga kerana satu lagi projek perumahan yang akan dibina di daerah ini bakal memberi kemudahan kepada rakyat agar mempunyai rumah mampu milik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Musa mengadakan lawatan ke tapak projek itu bagi meninjau kerja-kerja pembinaan PPR Kota Belud serta mendengar taklimat daripada Pegawai Daerah, Abdul Gari Itam.

Turut mengiringi beliau ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman; Speker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Tun Said; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Musbah Jamli; ADUN  Kadamaian, Jeremy Malajad dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan