Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib rasmi bangunan SK Kampung Bahagia, Sandakan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan orang ramai semasa hadir merasmikan SK Kampung Bahagia, Batu Sapi, di Sandakan. Hadir sama Ketua Menteri Sabh, Tan Sri Musa Aman. – Foto Edmund Samunting

 

SANDAKAN: Datuk Seri Najib Razak tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahagia di sini, sebentar tadi, bagi merasmikan bangunan sekolah itu.

Perdana Menteri yang diiringi Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, disambut oleh calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin; calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya; dan calon DUN Karamunting, Lim Kai Ming.

Sekolah berkenaan yang mula beroperasi pada 2013, kini mempunyai 518 murid.

Sebelum ini, SK Kampung Bahagia menumpang di bangunan SK Gas sejak dibuka pada Januari 2000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandatangani plak sebagai tanda perasmian Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia, Batu Sapi, di Sandakan. Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. – Foto Edmund Samunting

 

Selepas ini, Perdana Menteri dijangka menghadiri perjumpaan bersama masyarakat Tionghua, sebelum berlepas ke Tawau bagi Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Tanjung Batu dan Merotai di Padang Majlis Bandaran Tawau.

Najib dijangka pulang ke Kuala Lumpur pada jam 5.40 petang ini. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan