Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib, PM Yang Prihatin Dan Mesra Dengan Sarawak

Tan Sri Adenan Satem
Tan Sri Adenan Satem

KUCHING – Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata beliau memberikan sokongan penuh terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau melihat Perdana Menteri sebgai seorang yang prihatin dan mesra dengan Sarawak.

“Sarawak jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain, terutama negeri di Semenanjung Malaysia, dan banyak yang kami perlu lakukan. Pada diri perdana menteri, saya melihat seorang yang mengambil berat perkara ini, mengenai keadaan ekonomi dan sosial kami, dan beliau cuba melakukan yang terbaik (untuk membantu Sarawak).

“Sebab itu saya sokong beliau,” kata Adenan dalam wawancara dengan Bernama di pejabatnya di sini.

Pasukan wawancara itu diketuai Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang.

Adenan berkata perdana menteri telah memperuntukkan berbilion ringgit bagi pembangunan Sarawak, termasuk RM16 bilion untuk projek Lebuh raya Pan Borneo.

Beliau berkata sejak menjadi perdana menteri, Najib telah melawat Sarawak sebanyak 47 kali dan bersedia membelanjakan berbilion ringgit terhadap negeri ini walaupun ketika keadaan ekonomi Malaysia kurang baik.

“Beliau (Najib) tidak pernah datang dengan tangan kosong. Malah melalui program tinjauan mesranya jumlah yang diberikan hampir RM2.5 bilion,” kata Adenan.

Beliau berkata Najib memahami keadaan di Sarawak.

“Jadi disebabkan itu saya menyokong beliau. Tiada kena mengena dengan 1MDB atau apapun. Saya melihat ke dalam kepentingan Sarawak,” katanya.

“Dasar saya ialah sesiapa di luar sana yang mesra dengan Sarawak, boleh bantu kami, saya akan berbaik-baik dengannya,” kata Adenan. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan