Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib Perlu Jawab Segera Kritikan Dr Mahathir – BNBBC

shahrir
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun  Razak wajar menjawab segala kritikan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbirannya dengan kadar segera.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad berkata walaupun kurang bersetuju dengan kritikan terbuka Dr Mahathir itu, namun kelab itu berpandangan sudah sampai masa untuk Najib memberi jawapannya.

“Kami ada berbincang (dengan Najib), mana yang boleh kami jawab seperti isu jet, 1MDB dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), tetapi kami juga nasihat tentunya sampai masanya Najib kena berikan jawapannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Kata Shahrir ini kerana kritikan Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat itu bukan hanya berkisar kepada soal pentadbiran malah turut bersifat peribadi.

Baru-baru ini, Dr Mahathir melalui laman blog chedet.cc telah mengkritik Najib secara terbuka serta keras apabila menyatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya Najib masih menerajui UMNO dan pentadbiran kerajaan Malaysia.

“Isu ini kadang-kadang kita tidak boleh buat tidak tahu dan saya percaya Najib akan beri jawapan kepada tuduhan ini,” kata anggota Parlimen Johor Bahru itu.

Tegas Shahrir, BNBBC akan terus berdiri teguh dan menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Najib.

“Sebagai anggota Parlimen, kami bukan golongan ‘buta-buta’ menyokong, kami berdiri bersama dengan perdana menteri,” katanya. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan