Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib Pengerusi Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri

mesyuarat

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mempengerusikan Mesyuarat Ke-121 Menteri Besar dan Ketua Menteri di Bilik Mesyuarat Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan beberapa menteri Kabinet.

Ini merupakan mesyuarat kali kedua diadakan pada tahun ini yang bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri dan membincangkan isu-isu berbangkit.

Mesyuarat kali ini menyaksikan muka baharu iaitu Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang dilantik pada 12 Mei lalu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang meletak jawatan.

Seorang lagi muka baharu ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang mengambil alih jawatan daripada Tun Abdul Taib Mahmud, kini merupakan Yang Dipertua Negeri, pada 28 Feb tahun ini.

Mesyuarat bermula pada pukul 10 pagi.

Komen


Berita Berkaitan