Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Najib mengaku tidak bersalah

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika hadir untuk didakwa atas tiga pertuduhan menerima wang dari aktiviti haram di Mahkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – Foto BERNAMA

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM42 juta ke dalam akaun miliknya.

Beliau mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Pendakwaan diwakili Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria manakala pasukan pembelaan diwakili Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Mohd Hanafiah memohon untuk tiga pertuduhan itu dibicarakan secara bersama dengan empat pertuduhan yang sudah.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan kes kini akan disebut semula di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali di Mahkamah Tinggi 3 sebentar lagi. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan