Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Najib Kutuk Keras Pengganas Penggal Tebusan Malaysia

5:45pm 18/11/2015 Pak Roshan 1862 views Isu Semasa,Mutakhir
benard

Bernard Then Ted Fen

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan warga Malaysia, Bernard Then Ted Fen yang diculik lelaki bersenjata Filipina di Sabah pada Mei lalu.

Saya (bagi pihak) kerajaan dan semua rakyat Malaysia berasa terkejut dan amat sedih dengan pembunuhan rakyat senegara kami Bernard Then dan kami turut mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam tersebut.

Kami gesa pihak berkuasa untuk ambil tindakan terhadap yang melakukan tindakan kejam dan ganas ini serta membawa mereka ke muka pengadilan,” katanya menerusi laman Facebook dan Twitter rasminya pada Rabu.

Najib berkata kerajaan Malaysia akan memberi kerjasama penuh kepada agensi dan pihak berkuasa berkaitan serta bertanggungjawab dalam penyiasatan insiden berkenaan yang dilaporkan berlaku pada petang Selasa.

Ingatan dan doa kami serta ucapan takziah buat keluarga dan rakan-rakannya,” kata Najib sebagai mengulas laporan terkini akhbar ternama The Straits Times Singapura yang memetik sumber pihak keselamatan Filipina.

Panglima Kumpuan Petugas Bersama Sulu, Brigadier Jeneral Alan Arrojado dilaporkan berkata, mangsa berusia 39 tahun dipancung kepalanya kira-kira pukul 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di pulau Jolo, di wilayah Sulu.

Kejadian negeri tersebut berlaku semasa anggota kumpulan militan Abu Sayyaf cuba melarikan diri dalam pertempuran dengan tentera kerajaan Filipina di perkampungan Bud Taran, Indanan, Kepuluan Jolo.

Kepala Bernard itu dikatakan ditemui penduduk awam dalam karung guni di tepi jalan Marina Street di Barangay Wall City di Jolo kira-kira 8.30 malam Selasa, sekitar 1,400 kilometer ke selatan ibu negara Filipina, Manila.

Pasukan keselamatan Filipina menemui nota bertulis ‘Bernard Then Ted Fen’ di dalam guni berkenaan dan ia segera dibawa untuk ujian DNA bagi memastikan apakah kepala tersebut benar milik jurutera elektrik berkenaan.

Pada 14 Mei lepas, mangsa, yang berasal dari Sarawak merupakan antara dua yang diculik empat lelaki bersenjata dari selatan Filipina setelah menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan dalam kejadian pada 7.45 malam.

Seorang lagi tebusan ialah Thien Nyuk Fun, 50 tahun; yang juga pengurus restoran berkenaan, namun wanita tersebut selamat dibebaskan pada 8 November melalui rundingan antara kerajaan Malaysia dan kumpulan itu.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan